Drama Siri Melayu

Soalan Lazim

Laman web apa ni?
Kami adalah laman web peminat drama bersiri Melayu yang menyediakan beberapa bahan yang bersesuaian dengan peminat yang sukar didapati atau diakses ditempat lain.

Kenapa video lambat loading?
Kelajuan load bergantung hampir sepenuhnya kepada kelajuan capaian internet anda, kami mencadangkan sekurang-kurangnya anda menggunakan pakej 1Mbps. Selain itu kelajuan loading juga bergantung kepada server kami yang ada masanya tidak mencapai prestasi minimum.

Macam mana nak download?
Kami tidak menyediakan perkhidmatan download, anda perlu mencari alternatif lain. Kenapa download jika anda boleh akses kandungan pada bila-bila masa secara online disini?

Kenapa tak banyak judul drama bersiri Melayu?
Kami tidak bercadang untuk menyediakan akses kepada banyak judul drama bersiri. Kami hanya menyediakan apa yang kami rasa merupakan drama bersiri yang berkualiti dan mempunyai jalan cerita yang baik serta nilai moral yang jelas.

Kenapa ada episod yang tidak lengkap?
Harap maaf, seringkali bahan yang kami sediakan di laman web ini dipadam pihak tertentu dan kami memerlukan antara 5jam-48jam untuk memberikan ganti kepada kandungan tersebut.

Ada bahan yang sudah tidak boleh diakses, apa perlu saya lakukan?
Sebaik-baiknya tinggalkan komen di post yang berkenaan.

Saya nak [masukkan nama servis/fungsi/bahan]?
Kami menyediakan apa yang seadanya sahaja dan tidak berminat menambah sebarang fungsi, perkhidmatan atau bahan yang kami sediakan. Sebarang cadangan amat kami alu-alukan namun tiada sebarang jaminan yang ia akan dilaksanakan.

Kenapa ada iklan sedangkan bahan yang disediakan adalah dari tempat lain?
Iklan yang disiarkan berbentuk promosi sampingan yang mungkin kami boleh gunakan untuk menampung kos berkaitan laman web ini.

Video tak jelas, gambar kurang terang, audio tak kuat dsb?
Ini diluar kawalan kami.

Ada kesilapan antara tajuk dan kandungan video. Macam mana nak bagitahu admin?
Tinggalkan komen di post yang berkaitan dan ia akan diperbetulkan secepat mungkin.

Saya adalah artis/wakil artis/studio/penerbit dan saya rasa anda menyimpan bahan hakcipta, apa perlu saya lakukan?
Hubungi kami dan kami akan membuat siasatan lanjut, jika benar kami akan memadamnya dengan serta merta.

Siapa disebalik laman web ini?
Ini adalah usaha individu. Kebiasaannya saya menggunakan kata ganti nama "kami" sebagai simbolik 2 entiti berbeza iaitu saya dan laman web ini.

Saya ada sesuatu untuk disumbangkan kepada laman web ini, apa perlu saya lakukan?
Tinggalkan komen dimana-mana sahaja dalam laman web ini dan kami akan menghubungi anda melalui akaun emel anda secepat mungkin.

Sebarang soalan lain boleh diajukan ke alamat emel rasmi kami.

+ comments + 1 comments

April 5, 2014 at 3:37 PM

salam, boleh tak nak request drama tak tercapai akalmu yg adaptasi novel cinta pertama norhayati ibrahim dlu tyg dkt tv 1, skrg dkt astro prima kol 6.30 ptg stp hri smp kol 7.30..dah lama cari, di antar cite yg best..plzzzzzzzzzzzzzzzzzzzzzzzzzzzzzzzz.......
bhrp sgt ne..........hope blh sgt... tk ksh la kalu tk complete... tq

Post a Comment

 
DSM : Drama Siri Melayu
WTFPL © 2011. Drama Siri Melayu
Tema oleh Mas Template
Dikuasakan oleh Blogger