Tajuk : Baitul Rahmat
Siaran : 21 Julai 2012 – 16 Ogos 2012
Saluran : TV1, RTM
Kisahnya bermula apabila Hashim, Hanim dan Husna bergaduh besar untuk menentukan siapa yang patut menjaga ibu mereka, Maimunah yang sudah uzur. Hashim dan Hanim yang sudah berumahtangga memberi bermacam alasan hingga Husna akhirnya yang masih bujang akur menjaga Maimunah.
Namun Husna sebenarnya miliki niat jahat mahu membolot harta ibunya secara rahsia. Satu hari berlaku kejadian yang membuatkan Husna begitu marah terhadap ibunya. Dia kemudiannya menghantar Maimunah tinggal di rumah kebajikan Baitul Rahmat. Meskipun puas Maimunah memujuk namun anak kandungnya itu tetap dengan pendiriannya meninggalkan ibunya di situ.
Masa berlalu tidak pernah sekali pun Husna atau anak-anaknya yang lain datang melawat Maimunah. Walaupun sedih dia mula membiasakan diri tinggal bersama teman-teman senasib dengannya termasuklah Khalijah, Rahmah, Mak Cik Adibah, Hasnah dan juga Wan. Apatah lagi penyelia di situ menjaga kebajikan mereka dengan baik sekali.
Saksikan drama penuh pengajaran ini yang mengisahkan hubungan kekeluargaan dan kisah sebenar masyarakat disekeliling kita.
Post a Comment